Mac 17, 2014

Bilangan dan Panggilan

Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama.

i) Bilangan
Frasa Nama
Bilangan
Penjodoh Bilangan
Inti
dua
orang
calon
beberapa
ekor
binatang
sekawan



ii) Nama panggilan dan gelaran
Bagi kata nama orang dan haiwan, nama panggilan atau gelaran boleh mendahului inti sebagai penerang
Frasa Nama
Panggilan/gelaran
Inti
Puan
Juriah
Tun
Abdul Razak
Kak
Timah

iii) Penerang
Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu.
Peraturan kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti yang berikut :
a) Penerang adjektif yang menerangkan init harus hadir sesudah inti itu diikuti oleh penerang –penerangnya yang lain.
Manakala penentu belakang hadir dibelakang sekali.
Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang.

Tetapi, jika kata adjektif bertugas sebagai penerang kepada kata inti yang berbentuk kata majmuk, maka perkataan itu boleh hadir dibelakang kata majmuk.
Contohnya.
Kata Inti Majmuk
Penerang Adjektif
tawaran bayaran balik
penuh
modal pulangan
sama
tembak pistol
tepat
margin untung
kasar

b)Unsur penerang boleh juga merupakan satu binaan frasa tersendiri yang mengandungi unsur-unsur inti dan penerang. Dalam keadaan demikian unsur penerang itu menerangkan unsur inti yang ada pada frasa penerang, dan bukan menerangkan unsur inti bagi frasa nama.
Dalam kehadiran begini, adjektif wujud juga sesudah inti,seperti berikut :

Frasa Nama
Inti
Penerang I
(Adjektif )
Penerang II ( Frasa)
Penentu Belakang
kereta
baharu
ayah
saya
itu
pejabat
lama
pengurus
syarikat
ini
pegawai
tinggi
tentera
darat
itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan