Mac 17, 2014

Binaan Frasa Nama

INTI + PENERANG NAMA KETURUNAN

1. askar British
2. bangsa India
3. bahasa Melayu
4. masyarakat Iban
5. kaum Penan
6. keturunan Cina
7. pelajar Afrika

INTI + PENERANG NAMA JENIS

1. harimau bintang
2. kelapa sawit
3. pokok getah
4. air limau
5. baju kemeja
6. kerusi rotan
7. beg kulit

INTI + PENERANG NAMA PENYAMBUT

1. penyendal pintu
2. penjaga stor
3. pam air
4. gunting kain
5. pemandu teksi
6. pelayan tetamu
7. pengurus syarikat

INTI + PENERANG NAMA KEGUNAAN

1. alat pemadam
2. sabun pencuci
3. kayu pengukur
4. kayu pembaris
5. batu penanda
6. batu pengasah
7. minyak pelincir

INTI + PENERANG NAMA KELAMIN

1. ayam jantan
2. lembu betina
3. orang lelaki
4. kaum perempuan
5. budak lelaki
6. anak perempuan
7. anak lelaki

INTI + PENERANG NAMA TEMPAT

1. penduduk bandar
2. anak Sarawak
3. orang tempatan
4. Melayu Pulau Pinang
5. kawasan luar bandar
6. guru pedalaman
7. pinggir kota

INTI + PENERANG NAMA ARAH

1. kawasan barat
2. wilayah selatan
3. angin timur
4. jalan tengah
5. simpang kanan
6. ruang dalam
7. kulit luar

INTI + PENERANG NAMA ANGGOTA BADAN

1. jam tangan
2. gelang kaki
3. tudung kepala
4. tali pinggang
5. kepala lutut
6. batang hidung
7. barah kulit

INTI + PENERANG NAMATENAGA PENGERAK

1. kereta motor
2. perahu layar
3. kapal api
4. mesin kaki
5. perahu galah

INTI + PENERANG NAMA HAL ATAU PERKARA 

1. lesen perniagaan
2. surat kebenaran
3. borang pendaftaran
4. hari perayaan
5. garis permulaan
6. majlis perasmian
7. bilik persidangan

INTI + PENERANG NAMA MILIK

1. rumah saya
2. pekerjaan mereka
3. bumbung sekolah
4. kemajuan Malaysia
5. keluaran Jepun
6. roti canai Kapit
7. mata harimau

INTI + PENERANG NAMA KHAS

1. bandar Sibu
2. kampung Sungai Cinta
3. planet Pluto
4. negeri Kelantan
5. sungai Pahang
6. Gunung Kinabalu
7. Teluk Siam

INTI + PENERANG NAMA PANGGILAN ATAU GELARAN

1. Haji Zulkarnain Mustakim
2. Yang Arif Hakim Phildawa Al-Ibani
3. Si Belang
4. Nik Ramzi
5. Y.B Senator Haikal Fahmy
6. Sang Kancil
7. Tan Sri Philip


1 ulasan:

  1. Sands Casino Resort | Singapore Online Casino Review
    Sands Casino Resort offers the most impressive gaming experience on the หาเงินออนไลน์ Singapore market 샌즈카지노 and provides gaming services such 1xbet korean as video poker, keno,  Rating: 4 · ‎Review by Dominic Archer

    BalasPadam