Februari 12, 2014

Jenis Ayat

AYAT AKTIF:
  1. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
  2. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
  3. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)
AYAT PASIF:
  1. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
  2. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
  3. Contoh :
  • Ikan itu dipancing oleh Ali.
  • Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
  • Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
  1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.
  2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.
  3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.
  4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu. Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
  5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

  1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut. Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
  2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar. Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.
  3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.
  4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional. Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.
  5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

i.     Ayat aktif transitif
SUBJEK
PREDIKAT
KATA KERJA TRANSITIF
OBJEK
Tukang kebun
menebas
lalang
Pengetua
menyampaikan
ucapannya
Ridzuan
membaiki
Kereta saya

ii.    Ayat aktif tak transitif
Ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata yang tidak diikuti oleh objek.
Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif bboleh diikuti oleh unsur-unsur keterangan.
SUBJEK
PREDIKAT
KATA KERJA TAK TRANSITIF
KETERANGAN
Keluarganya
pulang
Ke kampung
Mereka
bermastautin
Di Ipoh
  

c. Ayat songsang
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.                  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b)      Pendepanan Frasa Adjektif
                i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                                Ramli rajin. (susunan biasa)
                                Rajin Ramli. (susunan songsang)

                ii.             Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                                Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                                                Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

                iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                                Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                                Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

                iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama
                i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                                Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                                Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

                ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                                Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                                Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1

Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
Dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
Dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

Urutan Kata, Perpindahan Ayat

Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama (Lutfi Abas ,1975).

         Terdapat  unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut:
   
   (1)  Ramli sangat pandai bermain skuasy.
   (2) Maniam  itu baik sungguh.
   (3)  Kek lapis  itu enak sekali.

         Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa.  Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh,  perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:

a)    Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)
     Paulus = Paul
     Mariam =Mary
     vidit = melihat

     Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut.   Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.

b)   Min aina anta ? (bahasa Arab)
  Min = daripada / dari
  aina = mana
  anta = kamu (lelaki)

     Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? 

     Oleh itu, perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.


Susunan dalam Ayat

Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.
JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.
Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.
Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu.
Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi -didepankan).

Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya.
Ke Langkawi Ahmad dengan keluarganya (FS ke Langkawi didepankan).


Nota Tambahan
Susunan Ayat
SUSUNAN ayat bermaksud kedudukan subjek dan predikat dalam ayat. Setiap ayat terdiri daripada binaan subjek dan predikat. Susunan ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Susunan biasa ialah binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat. Contohnya:
1. Aiman sedang membaca majalah.
Dalam ayat (i), subjeknya ialah Aiman, yang kedudukannya di bahagian awal ayat. Sementara predikatnya ialah membaca majalah yang hadir selepas subjek, yakni di bahagian belakang ayat. Inilah susunan ayat yang dikatakan susunan biasa
Mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu, bahagian yang di hadapan ayat itu yang dianggap lebih penting, lalu dijadikan sebagai judul. Dalam hal ini, subjeklah yang lebih penting, iaitu Aiman. Bahagian lain dalam ayat itu, iaitu predikat hanya memberikan keterangan kepada Aiman atau subjek ayat.
Bentuk ini bertepatan dengan hukum D-M dalam bahasa Melayu. Apakah maksud hukum D-M ini? “D” bermaksud unsur yang diterangkan, manakala “M” pula bermaksud unsur yang menerangkan, yakni menerangkan unsur “D”. Maka susunan ayat dalam bahasa Melayu yang biasa mematuhi peraturan ini, iaitu peraturan subjek diikuti oleh predikat.
Namun demikian, dalam penggunaan bahasa sehari-hari, kadang-kadang kita menekankan bahagian predikat dan tidak bahagian subjek ayat. Oleh itu, bahagian predikat dibawa ke hadapan, manakala bahagian subjek dibawaka ke belakang, iaitu berada selepas predikat. Dengan mengambil ayat (1) sebagai contoh, maka predikat ayat sedang membaca majalah kita tukarkan susunannya. Maka lahirlah ayat berikut:
2. Sedang membaca majalah/ Aiman.
Susunan sedemikian, iaitu predikatnya mendahului subjek, dikatakan susunan
songsang. Dari segi rumus tatabahasa, bentuk susunan ayat yang begini masih gramatis. Tetapi kedudukan subjeknya telah berubah daripada kedudukan yang biasa. Inilah yang dimaksudkan dengan ungkapan “songsang”, iaitu dilihat dari segi perubahan yang berlaku pada susunan subjek-predikatnya.
Pada hakikatnya, tujuan penyongsangan ayat adalah untuk memberi tekanan kepada predikat, dan tidak pada subjek. Dalam ayat songsang, predikat ayat dianggap lebih penting, dan oleh itu menjadi bahagian yang diterangkan (D).
Harus diingat, dalam susunan ayat songsang, tidak semua unsur dalam predikat ayat dikedepankan. Dengan kata-kata lain, penyongsangan boleh berlaku sama ada pada seluruh predikat atau hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Dalam ayat contoh (2), seluruh predikat telah dikedepankan, iaitu sedang membaca majalah. Tetapi dalam susunan biasanya, ayat itu boleh dipanjangkan menjadi ayat (3) berikut:
3. Aiman sedang membaca majalah di biliknya.
Dalam ayat (3), terdapat maklumat tambahan, iaitu unsur tempat (di biliknya).
Terdapat dua cara untuk menyongsangkan susunan ayat ini. Satu cara adalah dengan mengedepankan seluruh predikat lalu menghasilkan ayat (3a) seperti yang berikut:
3. (a) Sedang membaca majalah di biliknya Aiman
Dalam ayat ini seluruh maklumat dalam predikat dianggap penting. Cara yang kedua adalah dengan menganggap hanya fakta sedang membaca majalah sahaja yang penting, lalu membawa hanya bahagia tersebut ke hadapan. Maka lahirlah ayat (3b):
3. (b) Sedang membaca majalah, Aiman, di biliknya.
Demikianlah susunan ayat dalam bahasa Melayu. Unsur ini menjadikan ayat bahasa Melayu pelbagai dan lebih menarik, selain menimbulkan kesan keindahan. Unsur penyongsangan ayat juga merupakan satu sifat bahasa Melayu jati dan harus kita fahami dan kuasai.
Sumber : http://www.tutor.com.my




Februari 11, 2014

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Ayat Dasar 

  1. Ayat Dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
  2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.
  3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
  4. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

    •   Frasa Nama (FN)+ Frasa Nama (FN)
            Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN)

    •   Frasa Nama (FN)+ Frasa Kerja (FK)
            Contoh: Aniza (FN) membaca buku (FK)

    •   Frasa Nama (FN)+ Frasa Adjektif (FK)
            Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)

    •   Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FN) 
            Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)


Ayat Terbitan

Maksud ayat terbitan :

  1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar. Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.
  2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

Proses Penerbitan Ayat :

Proses Pengguguran.

Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.

  • Pengguguran FN sebagai subjek. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh : Awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.     
  • Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk. Contoh : Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar.
  • Pengguguran frasa predikat. FK yang serupa. Contoh, Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.= Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
  • FN yang serupa. Contoh: Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan lambing Negara = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang Negara.      
  • FA yang serupa. Contoh: Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.
  • Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh: Dua masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih di kampung.

Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat

  • Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh, Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul.
  • Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh, Dia boleh menyanyi dan dia boleh   menari = Dia boleh menyanyi dan menari.
  • Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh, Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.
  • Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh, kejadian itu sunguh menakjubkan kami = kejadian itu sunguh menakjubkan
  • Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif. Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
  • Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
  • FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh, kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.